Sunday, February 13, 2011

Jemput ke Majlis Veteran UMNO Tanjung Malim dengan UMNO Bahagian dengan Kerjasama Empat Bahagian Selatan: Bagan Datoh, Teluk Intan,Pasir Salak dan Tapah,menyambut Mauludur Rasul:

Tarikh: 19.2.2011 mulai 9.30pagi
Tempat: Bangunan Tan Sri Ghazali Jawi Slim River
Persamian: YB.Dat0' Mohd Khusairi Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim/Setia Perhubungan UMNO/DUN Slim.

Terima kasih

MEMANDA WAZIR@TOK NGAH: SEMUA MASS MEDIA DIJEMPUT

http://memanda40.blogspot.com/2009/06/semua-mass-media-dijemput.html
Apa habo Pak Wazir "Utusan beri tahu Pak Habib nak lari ke-US,Katanya disini tak selamat - kerana kes mahkamahnya" Apa komen Pak Wazir ? Gini ke orang berani atau penakut?
Bio dia bungkus ke ?

Saturday, January 22, 2011

MEMANDA WAZIR@TOK NGAH: ADUN LUBUK MERBAU SESAT

http://memanda40.blogspot.com/2009/07/adun-lubuk-merbau-sesat.html

Di Negeri Perak komunis mulai bergerak. Apabila UMNO ditubuhkan menentang Malayan Union,Bintang Tiga masuk hutan diketuai Chin Ping kerana menentang gerakan orang Melayu. Mereka keciwa kerana Malayan Union dimansyuhkan kerana mereka amat bersetuju cadangan Malayan Union memansyuhkan kuasa Raja-Raja Melayu dan hak orang Melayu.Kini DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia yang bertujuan menghidupkan balik Malayan Union dan mereka mahu sama rata. PAS patut jangan bersetuju kerana mereka memperjuangkan komunis yang tidak bertuhan.Manusia yang sesat dan kafir.Bukankah PAS memperjuangan Islam kini bersekongkol orang memperjuangkankan komunis. Manusia yang tidak bertuhan,mereka mengatakan agama itu candu?

PAS baliklah kepangkal jangan terus memperjuangan Islam Yang Maha Suci dan menganggungkan ALLAH S.W.T. Yang Maha Esa.
Dulu kata berhubung sahaja dengan kafir haram.Kini sudah satu wadah .......Tidaklagi mempertahankan Islam Yang Suci. Baliklah kepangkal jalan.Umat Islam bersatu dan barulah kita muhibbah dengan pihak lain. Jangan kita berpolitik tamak, akhirnya kita umat Islam tidak mempertahankan agama kita...............antan dengan lesung bergaduh, ayam kenya makan padi???

Saturday, December 18, 2010

Syukur Nikmat Allah

Nafas masih bergerak
Nadi masih mengalir
Di malam insan tidur nyenya
Aku rasa bahagia
Nikmat Allah berikan

Sempat melakar sebuah sajak
Allah Maha Berkuasa
Memberi aku berfikir
Menyusun kata kesyukuran

Doa restu padaNya
Amanlah Malaysia
Hancurkan segala petualang
Hatinya tamak haluba
Melihat dunia dia punya
Sedangkan semua adunanNya

Insan ini ujianNya
Nikmat dan musibah
CubaNya

Syukur aku ya Allah
Nikmat hidup Kau masih beri
Mohon aklu Ya Allah
Jadikan hamba yang bersyukur
Hamba yang sentiasa tunduk kepadaNya

Dzura 19.12.2010, Ipoh,Perak.

Tuesday, December 8, 2009

Tertidur gagalkan usaha

Tidur jangan ditunggu
Terus berjuang
TegakIslam
Umat Islam bersatu
Ahli Fakeh
Ahli Tasauf
Satu kata,satu nada

Perbezaan pendapat
Meringankan umat
Ikut yang mana suka
Banyak pendapat membawa bahagia

Bersatu dengan wadah Islam bersaudara
Yakinkan diri, berdoa kepadaNya
Sentiasa hidayat diberikanNya
Malam bertahjud,siang bekerja
Jangan tunggu

Gembeling usaha mengalir bak air
Cinta hati kepadaNya
Syukur menerima tidak terkira

Kan bahagia dekat denganNya
Hanya sedekat urat leher
Minta segala dengan bersyukur
Indahnya alam anugerahNya

Malam siang cintakanNya
Setiapsaat tafkur kepadaNya
Bersatu hati umat Islam

Satu agama- amalan setiap saat
Syukur nikmat jangan toleh angkara
Kan mereka menunggu - ke lubang cacing dicari
Kau ikut katanya, "Pecah belah lah"
Hancur seperi Iraq dan Afghanistan
Senjata mereka membunuh kita

Tunggulah dengan sabar
Mahadi - Nabi Isa A.S.
Menyatukan kita mendukung Islam
Semua mewah melempah ruah.

Dzura,Ipoh. 8.12.2009